Salam, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kepada Tuan Hj Mohamed Tawfeek Badjenid kerana sudi menyumbang wang yang berjumlah besar untuk membiayai Majalah Sekolah 2008 yang kini di bawah kelolaan PIBG. Semoga Allah merahmati dan memberkati tuan serta keluarga-keluarga tuan.Sekian
SKIM SEKOLAH ANGKAT
Saya ada berbincang dengan kawan-kawan berkaitan aktiviti sekolah antara lain memerlukan peruntukkan tambahan dan pada kebiasaannya tidak dibiayai oleh sekolah. Antara cadangan ialah melalui sekim sekolah angkat oleh syarikat-syarikat korporat.
Sekolah angkat memang telah dilaksanakan oleh korporat seperti UDA dan Bank Islam. Persoalannya SMKA(P)ALMashoor tiada dalam senarai antara sekolah2 yang mempunyai badan pendokong untuk membiayai aktiviti yang membantu kearah kecermerlangan sekolah.
Apa pandangan Guru2 SMKA(P)almashoor?. Saya rasa amat membantu sekiranya sekim ini dapat diadakan.
Untuk tujuan itu PIBG sedia membantu. PIBG memerlukan laporan maklumat latarbelakang sekolah iaitu organisasi sekolah dan murid. rekod prestasi sekolah dalam akademik dan kokurikulum dalam 3 hingga 5 tahun lepas.
Ulasan dan pandangan guru2 dan ibubapa dalam forum ini amat dinantikan.
Sekian
Pengerusi PIBG SMKA(P) ALmashoor 2008/09
Saari Hj. Din
PEMBAIKAN ADALAH USAHA BERTERUSAN
Saya tertarik dengan artikel Aliran Pemikiran Pendidik dalam http:www.mypendidik.net.
Tajuk Pendekatan MemotivasiKan Pelajar.
Terdapat 12 tips yang boleh dilayari di alamat di atas. Walaubagaimanapun saya tertarik untuk bersama mengulas pada tip No.1 Penerangan Yang Jelas. Tip No. 10 Terima pelajar seadanya.
Penerangan Yang Jelas: Katanya Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan.
Suka saya ulas/menambah di sini bahawa maklumat yang lengkap, latih tubi dan lengkapnya peralatan bantuan mengajar belum tentu menepati maksud “Penerangan Yang Jelas”.
Artikel itu menjelaskan Guru sepatutnya memberikan sedikit masa untuk menjelaskan perkara berikut antaranya:-
a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting ? pandangan saya :persoalan penting ini akan memberi dorongan kepada pelajar dalam memberi fokus kepada tugasan mereka .
b. Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan ? Saya berpendapat persoalan ini sekurang-kurangnya akan mengetuk pintu minda pelajar dan medorong pelajar2 remaja kita yang leka dalam alam mereka, agar menyedari proses kehidupan adalah tempang tanpa ilmu.
c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap. harap guru dapat ulas
d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai. Saya berpendapat golongan pelajar yang berpotensi dapat didorong untuk menjadi pelajar yang mensasarkan kualiti cemerlang apabila mereka tahu bagaimana penilaian kerja dibuat.
Walau tiada ulasan saya kepada perkara c tetapi ia juga penting dan mungkin guru SMKA(P) almashoor dapat memberi ulasan.
Saya suka menambah iaitu Penerangan Yang Jelas bukan setakat sepatutnya diberi masa untuknya seperti disaran artikel tsb, malah pendidik hendaklah memberi masa untuk membuat Penerangan Yang Jelas.
Tip No. 10 : Terima Pelajar Seadanya.
Katanya “Ramai guru yang berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar mereka semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin“.
Tambahnya lagi “ada guru pula menerima pelajar seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini“.
Saya bersetuju dengan ulasan beliau iaitu dua pandangan di atas membezakan antara guru biasa dengan guru cemerlang. Sasaran menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar mendorong guru memberikan yang terbaik. Maka guru cemerlang adalah mereka yang sentiasa menjangkakan kejayaan setiap pelajarnya dan mereka hanya akan merasa puas dengan kariernya apabila memberikan yang terbaik.
Kenyataannya lagi iaitu “Ramai pelajar gagal kerana guru mereka telah meramalkan kegagalan mereka“. “Guru juga perlu berhati-hati dengan ucapan dan pandangan yang dilontarkan kepada pelajar kerana kesannya sangat besar dalam hidup pelajar“.
Saya percaya setiap pelajar mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Melihat pada itu setiap pelajar mempunyai potensi, oleh yang demikian kita hendaklah lebih fokus kepada untuk menggarap potensi istimewa mereka daripada mengeluh kepada kekurangan mereka.
Beliau menambah Guru juga perlu mempengaruhi pelajar dari segi budaya, pemikiran dan tingkah laku.
Saya percaya Kita di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa boleh menjadi rujukan terdekat dan pengajaran untuk membentuk budaya, pemikiran dan tingkah laku terbaik. Rajin berusaha, melakukan terbaik dan sebagainya tidakkah kita nampak budaya ini sebenarnya dapat dilihat disekeliling kita.
Sekian
Wassallam
Saari Hj. Din
Pengerusi PIBG SMKA(P)ALMASHOOR 2008/09
PELANCARAN ARABTON BAGI MENAMBAH DANA PIBG SEKOLAH
Pada 4 September 2008, ARABTON dilancarkan bagi menambah dana PIBG sekolah dengan sasaran sebanyak RM25,000.00. ARABTON bermaksud setiap pelajar dan guru berusaha mencari kutipan minima RM30.00 dan penyumbang disenaraikan dalam kad yang disediakan. Penyumbang dikendaki membaca bacaan Arab di belakang kad sambil dibantu oleh pelajar.